Usaha Murni Anak-anak Istimewa
Menyemai Benih Tanaman
Memupuk Semaian Keringat
Merimbun Pohon Budi Kepada Tanah
Pintu masuk kawasan projek bumi hijau PPKI SMKBB |
Sejajar dengan usaha untuk membangunkan kualiti Kawasan Projek Bumi Hijau Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) SMK Bukit Baru, pihak pengurusan termasuk GPK Pendidikan Khas (En. Rosli Aliman), Penyelaras (Pn. Azizah Amin, Guru-guru telah melaksanakan program Satu Murid Satu Tanaman di kebun Pendidikan Khas. Pelajar-pelajar dibantu oleh guru-guru dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) dalam membersih, merumput, menyemai anak pokok dan membaja tanaman di kawasan perkebunan.
Di samping mengusahakan kawasan perkebunan tersebut, program ini juga dapat memberi manfaat kepada setiap pelajar. Antara objektif Program ini ialah:
- Melahirkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pelajar di mana setiap pelajar akan mempunyai satu tanaman herba atau pokok renek untuk diusahaha dan dijaga
- Memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan aktiviti pertanian
- Melatih kemahiran motor kasar pelajar
- Memupuk sikap kerjasama dalam kalangan pelajar dalam mengusaha dan menjaga kawan perkebunan PPKI SMKBB
Aktiviti ini dijalankan pada sesi P n P mata pelajaran Kemahiran Hidup secara berkumpulan dan dipimpin oleh guru dan PPM. Kerja-kerja pertanian ini dijalankan bermula pada awal bulan Januari iaitu pada:
- 11 Januari 2011 (Pembersihan kawasan kebun)
- 13 Januari 2011 (Merumput dan membuat batas)
- 17 Januari 2011 (Mencangkul dan menanam anak pokok)
- 18 Januari 2011 (Menanam anak pokok)
- 25 januari 2011 (Tanaman pokok herba)
** Hari-hari berikutnya hanya melibatkan tugasan siraman dan penjagaan tanaman
Aktiviti membersihkan kebun |
Pelajar bekerjasama membuat aktiviti pertanian |
Bantu-membantu menanam anak pokok |
Batas yang telah dibersih dan digembur |
Tanaman yang sudah siap ditanam. Setiap pokok diletakkan nama pelajar yang bertanggungjawab untuk menjaga pokok tersebut.
Semoga usaha murni yang dijalankan ini dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan di samping membangunkan PPKI SMKBB...
InsyaAllah...
No comments:
Post a Comment