Kami gembira di teratak ceria PPKI SMKBB, aksi dan gelagat guru serta pelajar memberi satu sinar bahagia buat kami sekeluarga. Guru-guru dan pelajar di aliran perdana juga kadang kala tersenyum riang melihat telatah kami. Bukan kerana kami miliki 'tiket' khas, tetapi tercuit suka dengan keriangan yang kami pamerkan.
Rentak keriangan itu kami bawa ke mana-mana... di kantin, di padang dan di mana jua. Namun batasan tetap dijaga. Semuanya demi menjaga nama baik PPKI SMKBB khasnya dan nama sekolah umumnya. Semoga keceriaan dan kebahagiaan yang kemi kendong sehingga ke hari ini memberikan satu sinar buat anak-anak didik yang sungguh istimewa di mata kami.
Nikmat Buat Kami |
Barisan Pengemudi PPKI (Pembelajaran) SMKBB
Duduk dari kanan : En. Rosli Aliman (GPK P.Khas), Pn Azizah Amin (Penyelaras)
Berdiri dari kanan : Pn. Rahidah Rahim, Pn. Zaryati Yusof, Cik Zuraidah Ahmad, Pn. Zety Aida Zainuddin, En. Mohd Saifullah Abd Rahim, En. Jayakumar,Pn. Siti Dadlia Rosli, Pn. Noramali Muhammad, Pn. Roslina Mamat, Pn. Khatizah Abdullah
Bergambar di Zoo Melaka |
Hero PPKI SMKBB
Heroin PPKI SMKBB
Cikgu Dahlia bersama anak-anak teruna tersayang =))
No comments:
Post a Comment