Kebudayaan merupakan satu warisan turun-temurun yang memainkan peranan penting dalam pembentukan sesebuah masyarakat yang harmoni dan bertamadun. Seni tari adalah antara cabang budaya yang melibatkan kelembutan gerak tubuh yang mempunyai motif dan nilai budaya bangsa. Warisan ini perlu didedahkan secara meluas dalam kalangan pelajar termasuk Program Pendidikan Khas agar mereka menjadi pelajar yang celik budaya dan berkemampuan untuk mengetengahkan bakat dan kemahiran dalam bidang seni tari.
Di samping itu, Program berbentuk budaya warisan ini bersesuaian dengan tujuan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai semangat kemasyarakatan berbilang bangsa serta menyuntik elemen semangat kebudayan satu Malaysia. Sehubungan itu Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) peringkat Pusat Zon ayer Keroh telah mengambil inisiatif untuk mengadakan sesi pemilihan pelajar dan latihan kebudayaan sebagai persediaan menyertai pertandingan tarian yang bakal berlangsung pada bulan Mei ini. Aktiviti ini bertujuan untuk:
- Mencungkil bakat pelajar dalam bidang seni tari
- Memberi pendedahan kepada pelajar mempelajari ilmu kebudayaan
- Mengasah kemahiran dan potensi pelajar yang berbakat dalam seni tari
- Memberi peluang kepada guru untuk berkongsi idea dan kemahiran di dalam bidang seni tari
- Meningkatkan keyakinan diri pelajar berhadapan dengan khalayak ramai
Aktiviti pemilihan ini telah berlangsung secara dua sesi iaitu sekolah rendah dan sekolah menengah.
Kategori | Sekolah Rendah | Sekolah Menengah |
Tarikh | 1 Mac 2011 (Selasa) | 8.30 am – 12.00 pm |
Masa | 2 Mac 2011 (Rabu) | 8.30 am – 12.00 pm |
Aktiviti ini disertai oleh semua Sekolah Rendah dan Menengah Zon Ayer Keroh. Namun terdapat sekolah yang tidak menghantar wakil atas sebab-sebab tertentu. Hasil daripada pemilihan tersebut, Panel pemilih yang terdiri daripada En. Mohd Saifullah Bin Abd Rahim, En. Zul Azrin Bin Mohd Ab Rahman, Pn. Lee Swee Ling dan Pn. Zety Aida Binti Zainuddin telah sepakat menyenarai pendek nama peserta yang berkelayakan iaitu:
Sekolah Rendah Zon Ayer Keroh
1) Muhammad Hidayat Bin Idris (SK Alai)
2) Muhammad Fauzan Bin Abd Halim (SK Alai)
3) Muhammad Ghafaruddin Bin Zaharudin (SK Alai)
4) Muhammad Fitri Bin Abdullah (SK Alai)
5) Muhammad Khairul Bin Mohd Rawi (SK Alai)
6) Suhairi Bin Md Hashim (SK Duyong)
7) Abd. Hamid Bin Amirudin (SK Duyong)
8) Zulkarnain Bin Rahim (SK Ayer Molek)
9) Muhammad Ashraf Bin Sapari (SK Demang Hussain)
10) Fatin Najwa Binti Dalip (SK Bukit Beruang)
11) Mastura Natasya Binti Ahmad ( SK Demang Hussain)
12) Siti Fatimah Binti Isa Jefri (SK Alai)
13) Siti Rogayah Binti Abd Karim (SK Alai)
14) Nurul Natasha Binti Sapri (SK Bukit Beruang)
15) Kajal A/P Mohan Lal (SK Bukit Beruang)
Sekolah Menengah Zon Ayer Keroh
1) Mohd Nizam Bin Hashim (SMK Ayer Molek)
2) Mohd Syukri Bin Zainal (SMK Ayer Molek)
3) Fadzrin Bin Karim (SMK Ayer Molek)
4) Mohammad Izwan Bin Md Isa (SMK Ayer Molek)
5) Mohd Aidil Bin Azmi (SMK Bukit Baru)
6) Hafizullah Bin Abdullah (SMK Bukit Baru)
7) Amirudin Bin Arifin (SMK Bukit Baru)
8) Mohd Anuar Bin Basidon (SMK Bukit Baru)
9) Kishen A/L Shamunathan (SMK Bukit Baru)
10) Yuvarajan A/L Supramaniam (SMK Bukit Baru)
11) Rasul Izzatul Zakat Bin Yahaya (SMK Bukit Baru)
12) Nurul Nurhashima Binti Suherman (SMK Ayer Molek)
13) Nur Khalida Binti Md Md Yusof (SMK Ayer Molek)
14) Siti Maryam Binti Huzain (SMK Ayer Molek)
15) Nur Amira Diana Binti Zakaria (SMK AyerMolek)
16) Nur Jannah Fatiha Binti Mohd Saidi (SMK Ayer Molek)
17) Azura Binti Ithnin (SMK Bukit Baru)
18) Fatiha Nur Nafisa Binti Raymee (SMK Bukit Baru)
19) Nur Hayati Binti Mubarak (SMK Bukit Baru)
Foto semasa sesi pemilihan berlangsung |
Peserta dari Sk Duyong bersama guru |
Peserta dari SK Alai bersama guru |
Peserta SK Bukit Beruang bersama guru |
No comments:
Post a Comment