Sunday, March 13, 2011

Tahniah!

Kami warga PPKI SMKBB ingin mengalungkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada tiga orang atlet PPKI SMKBB yang telah mewakili Zon Ayer Keroh dalam Sukan Pendidikan Khas peringkat Negeri Melaka yang berlangsung di SMK Seri Kota bermula 8 ~ 10 Mac 2011.

Ketiga-tiga pelajar tersebut telah berjaya mengharumkan nama sekolah dan Zon Ayer Keroh dalam acara masing-masing. 
Mohd Nur Bin Majid
Naib Johan Acara Lompat Tinggi Lelaki

Nur Hayati Binti Mubarak
Johan Acara Larian 4 x 100m Perempuan
Naib Johan Acara Larian 200m Perempuan

Yuvarajan A/L Supramaniam
Naib Johan Acara Larian 200m Lelaki

TAHNIAH
Dari Kami
Warga PPKI SMKBB!!

Majulah Sukan Untuk Negara

Harapan buat Saudara Bong dan Razif


WOW!!! Sememangnya menarik gambar ni bukan? Bukan main bergaya lagi anak murid.. mengalahkan guru. Cikgu Saiful (tengah) pasti tidak mahu kalah dalam mempamerkan ‘pose’ ketika bergambar bersama pelajar. Semuanya segak belaka.

Anyway, gambar hero-hero di atas bukanlah untuk hidangan aksi dan gaya ‘macho’ tetapi ingin mempamerkan dua pelajar PPKI SMKBB yang telah selamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia sekitar bulan November tahun 2010. Pelajar tersebut ialah Bong Chaw Wang (dua dari kanan) dan Razif ( berdiri paling kanan).

Kami, guru-guru dan rakan-rakan di PPKI SMKBB memdoakan yang terbaik buat kalian. Semoga hasil (keputusan) yang bakal diketahui beberapa hari sahaja lagi akan memberikan satu sinar kejayaan buat kalian.

InsyaAllah...

Lawatan Pelajar Jepun Ke PPKI SMKBB

Warga PPKI SMKBB mengalu-alukan kunjungan pelajar dari Jepun ke Kelas PPKI.  Lawatan yang berlangsung pada 9 Mac 2011 secara tidak langsung memberi peluang  kepada pihak PPKI untuk turut sama beramah mesra bersama pelajar dari negara matahari terbit itu.

Merbah rimba di pohon siantan,
Menanti nuri hinggap di buaian;
Kunjungan kalian kami raikan,
Mengerat hubungan jalinan persaudaraan.

Merpati sejoli terbang di awan,
Melayang bebas di puncak awangan;
Kraf, seni  dan masakan kami sajikan,
Buat santapan iringan kenangan.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi lawatan tersebut adalah seperti masakan kuih buah Melaka, kraf bunga daripada bahan buangan, seni tampalan, lukisan pemandangan dan membuat tanda kunci.

Pelajar membuat adunan doh kuih buah melaka dengan pemerhatian dan batuan guru
Doh yang sudah siap diuli, dibentuk dan dimasukkan inti gula melaka 
Sebahagian pelajar yang memotong daun pisang untuk pembungkusan kuih
Kuih yang sudah siap. sungguh menyelerakan!
Jeng... jeng... jeng... hidangan yang ini pula siap dengan hiasan bunga raya lagi.
Persiapan cenderamata kepada pelawat
Pelajar membuat kraftangan (tanda kunci) dengan bantuan dan bimbingan guru
Pelajar membuat kraftangan (bunga daripada bekas telur) 
Cikgu Roslina bergambar bersama salah seorang pelajar dari Jepun
Cikgu Amali juga tidak melepaskan peluang bergambar bersama jejaka dari Jepun
Ha!!! inilah gambar ekslusif, guru-guru dan PPM juga tidak ketinggalan bergaya di hadapan kamera sambil mempamerkan wajah ceria di samping hidangan yang dihasilkan. Cayalah!!

Saturday, March 12, 2011

Pemilihan Peserta Kebudayaan (Tarian) Zon Ayer Keroh

Kebudayaan merupakan satu warisan turun-temurun yang memainkan peranan penting dalam pembentukan sesebuah masyarakat yang harmoni dan bertamadun. Seni tari adalah antara cabang budaya yang melibatkan kelembutan gerak tubuh yang mempunyai motif dan nilai budaya bangsa. Warisan ini perlu didedahkan secara meluas dalam kalangan pelajar termasuk Program Pendidikan Khas agar mereka menjadi pelajar yang celik budaya dan berkemampuan untuk mengetengahkan bakat dan kemahiran dalam bidang seni tari.

Di samping itu,  Program berbentuk budaya warisan ini bersesuaian dengan tujuan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai semangat kemasyarakatan berbilang bangsa serta menyuntik elemen semangat kebudayan satu Malaysia. Sehubungan itu Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) peringkat Pusat Zon ayer Keroh telah mengambil inisiatif untuk mengadakan sesi pemilihan pelajar dan latihan kebudayaan sebagai persediaan menyertai pertandingan tarian yang bakal berlangsung pada bulan Mei ini. Aktiviti ini bertujuan untuk:
  1. Mencungkil bakat pelajar dalam bidang seni tari
  2. Memberi pendedahan kepada pelajar mempelajari ilmu kebudayaan
  3. Mengasah kemahiran dan potensi pelajar yang berbakat dalam seni tari
  4. Memberi peluang kepada guru untuk berkongsi idea dan kemahiran di dalam bidang seni tari 
  5. Meningkatkan keyakinan diri pelajar berhadapan dengan khalayak ramai
Aktiviti pemilihan ini telah berlangsung secara dua sesi iaitu sekolah rendah dan sekolah menengah.

Kategori
Sekolah Rendah
Sekolah Menengah
Tarikh
1 Mac 2011 (Selasa)
8.30 am – 12.00 pm
Masa
2 Mac 2011 (Rabu)
8.30 am – 12.00 pm

Aktiviti ini disertai oleh semua Sekolah Rendah dan Menengah Zon Ayer Keroh. Namun terdapat sekolah yang tidak menghantar wakil atas sebab-sebab tertentu. Hasil daripada pemilihan tersebut, Panel pemilih yang terdiri daripada En. Mohd Saifullah Bin Abd Rahim, En. Zul Azrin Bin Mohd Ab Rahman, Pn. Lee Swee Ling dan Pn. Zety Aida Binti Zainuddin telah sepakat menyenarai pendek nama peserta yang berkelayakan iaitu:
       
Sekolah Rendah Zon Ayer Keroh

1) Muhammad Hidayat Bin Idris (SK Alai)            
2) Muhammad Fauzan Bin Abd Halim (SK Alai)           
3) Muhammad Ghafaruddin Bin Zaharudin (SK Alai)
4) Muhammad Fitri Bin Abdullah (SK Alai)
5) Muhammad Khairul Bin Mohd Rawi (SK Alai)
6) Suhairi Bin Md Hashim (SK Duyong)
7) Abd. Hamid Bin Amirudin (SK Duyong)
8) Zulkarnain Bin Rahim (SK Ayer Molek)
9) Muhammad Ashraf Bin Sapari (SK Demang Hussain)
10) Fatin Najwa Binti Dalip (SK Bukit Beruang)
11) Mastura Natasya Binti Ahmad (SK Demang Hussain)
12) Siti Fatimah Binti Isa Jefri (SK Alai)
13) Siti Rogayah Binti Abd Karim (SK Alai)
14) Nurul Natasha Binti Sapri  (SK Bukit Beruang)
15) Kajal A/P Mohan Lal  (SK Bukit Beruang)

Sekolah Menengah Zon Ayer Keroh

1) Mohd Nizam Bin Hashim (SMK Ayer Molek)
2) Mohd Syukri Bin Zainal (SMK Ayer Molek)
3) Fadzrin Bin Karim (SMK Ayer Molek)
4) Mohammad Izwan Bin Md Isa (SMK Ayer Molek)
5) Mohd Aidil Bin Azmi (SMK Bukit Baru)
6) Hafizullah Bin Abdullah (SMK Bukit Baru)
7) Amirudin Bin Arifin (SMK Bukit Baru)
8) Mohd Anuar Bin Basidon (SMK Bukit Baru)
9) Kishen A/L Shamunathan (SMK Bukit Baru)
10) Yuvarajan A/L Supramaniam (SMK Bukit Baru)
11) Rasul Izzatul Zakat Bin Yahaya (SMK Bukit Baru)
12) Nurul Nurhashima Binti Suherman (SMK Ayer Molek)
13) Nur Khalida Binti Md Md Yusof (SMK Ayer Molek)
14) Siti Maryam Binti Huzain (SMK Ayer Molek)
15) Nur Amira Diana Binti Zakaria (SMK AyerMolek)
16) Nur Jannah Fatiha Binti Mohd Saidi (SMK Ayer Molek)
17) Azura Binti Ithnin (SMK Bukit Baru)
18) Fatiha Nur Nafisa Binti Raymee (SMK Bukit Baru)
19) Nur Hayati Binti Mubarak (SMK Bukit Baru)

Foto semasa sesi pemilihan berlangsung
Peserta dari Sk Duyong bersama guru
Peserta dari SK Alai bersama guru
Peserta SK Bukit Beruang bersama guru

Thursday, March 10, 2011

Boria : PPKI SMKBB Di Puncak Jaya


PPKI SMKBB Di Puncak Jaya
 Melodi : BORIA
Lirik : Cikgu Saiful

Salam sejahtera pembuka kata,
Madah manis berhias kata,
Berhibur kita lapangkan dada,
Ceriakan hidup bersama.

PPKI SMKBB,
Punyai harapan berinovasi,
Menyemai hasrat yang tinggi,
Mencapai cita-cita murni.

Kekurangan bukan penghalang,
Untuk kami majukan diri,
Semangat membara di jiwa,
Kejayaan di puncak jaya.

Akan kami buktikan pada dunia,
PPKI punya kualiti cemerlang,
Buka mata pandang ke depan,
Mercu jaya... milik kita,
Oo..Oo..oo.....

Keluarga bahagia PPKI (Pembelajaran) SMKBB

      Kami gembira di teratak ceria PPKI SMKBB, aksi dan gelagat guru serta pelajar memberi satu sinar bahagia buat kami sekeluarga. Guru-guru dan pelajar di aliran perdana juga kadang kala tersenyum riang melihat telatah kami. Bukan kerana kami miliki 'tiket' khas, tetapi tercuit suka dengan keriangan yang kami pamerkan.

        Rentak keriangan itu kami bawa ke mana-mana... di kantin, di padang dan di mana jua. Namun batasan tetap dijaga. Semuanya demi menjaga nama baik PPKI SMKBB khasnya dan nama sekolah umumnya. Semoga keceriaan dan kebahagiaan yang kemi kendong sehingga ke hari ini memberikan satu sinar buat anak-anak didik yang sungguh istimewa di mata kami. 
Nikmat Buat Kami 
  Barisan Pengemudi PPKI (Pembelajaran) SMKBB
Duduk dari kanan : En. Rosli Aliman (GPK P.Khas), Pn Azizah Amin (Penyelaras)
Berdiri dari kanan : Pn. Rahidah Rahim, Pn. Zaryati Yusof, Cik Zuraidah Ahmad, Pn. Zety Aida Zainuddin, En. Mohd Saifullah Abd Rahim, En. Jayakumar,Pn. Siti Dadlia Rosli, Pn. Noramali Muhammad, Pn. Roslina Mamat, Pn. Khatizah Abdullah

Bergambar di Zoo Melaka

Hero PPKI SMKBB

Heroin PPKI SMKBB

Cikgu Dahlia bersama anak-anak teruna tersayang =))


Wednesday, March 9, 2011

Program Satu Murid Satu Tanaman

Usaha Murni Anak-anak Istimewa
Menyemai Benih Tanaman 
Memupuk Semaian Keringat
Merimbun Pohon Budi Kepada Tanah

Pintu masuk kawasan projek bumi hijau PPKI SMKBB
     Sejajar dengan usaha untuk membangunkan kualiti Kawasan Projek Bumi Hijau Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) SMK Bukit Baru, pihak pengurusan termasuk GPK Pendidikan Khas (En. Rosli Aliman), Penyelaras (Pn. Azizah Amin, Guru-guru telah melaksanakan program Satu Murid Satu Tanaman di kebun Pendidikan Khas. Pelajar-pelajar dibantu oleh guru-guru dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) dalam membersih, merumput, menyemai anak pokok dan membaja tanaman di kawasan perkebunan.

     Di samping mengusahakan kawasan perkebunan tersebut, program ini juga dapat memberi manfaat kepada setiap pelajar. Antara objektif Program ini ialah:
  • Melahirkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pelajar di mana setiap pelajar akan mempunyai satu tanaman herba atau pokok renek untuk diusahaha dan dijaga
  • Memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan aktiviti pertanian
  • Melatih kemahiran motor kasar pelajar
  • Memupuk sikap kerjasama dalam kalangan pelajar dalam mengusaha dan menjaga kawan perkebunan PPKI SMKBB
Aktiviti ini dijalankan pada sesi P n P mata pelajaran Kemahiran Hidup secara berkumpulan dan dipimpin oleh guru dan PPM. Kerja-kerja pertanian ini dijalankan bermula pada awal bulan Januari iaitu pada:
  • 11 Januari 2011 (Pembersihan kawasan kebun)
  •  13 Januari 2011 (Merumput dan membuat batas)
  • 17 Januari 2011 (Mencangkul dan menanam anak pokok)
  • 18 Januari 2011 (Menanam anak pokok)
  • 25 januari 2011 (Tanaman pokok herba)

** Hari-hari berikutnya hanya melibatkan tugasan siraman dan penjagaan tanaman

Aktiviti membersihkan kebun
Pelajar bekerjasama membuat aktiviti pertanian
Bantu-membantu menanam anak pokok
Batas yang telah dibersih dan digembur

Tanaman yang sudah siap ditanam. Setiap pokok diletakkan nama pelajar yang bertanggungjawab untuk menjaga pokok tersebut.

Semoga usaha murni yang dijalankan ini dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan di samping membangunkan PPKI SMKBB...

InsyaAllah...

Monday, March 7, 2011

kringkring kami


ShoutMix chat widget